Ilmu Pengetahuan Membawa Kebahagiaan
Firman Allah Swt :
…dan Dia telah mengajarkan kepadamu apa yang belum kamu ketahui.Dan adalah kurniaan Allah itu sangat besar. (An-Nisa’:113)
Kebodohan itu adalah tanda kematian jiwa, terbunuhnya kehidupan dan mensia-siakan hidup.
…sesungguhnya Aku mengingatkan kepada mu supaya kamu tidak termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan… (surah Hud:ayat 46)
Sebaliknya, ilmu adalah cahaya bagi hati nurani, menghidupkan jiwa dan pemacu semangat.
Dan apakah orang yang mati kemudian dia Kami hidupkan dan kami berikan kepadanya cahaya yang terang yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap-gelita yang berkali-kali tidak dapat keluar daripadanya?.... (Al-An’am:122)
Sesungguhnya kebahagiaan dan keceriaan itu datang bersama ilmu pengetahuan. Itu kerana ilmu mampu mengubah sesuatu yang tidak jelas, menemukan sesuatu yang hilang,dan menyingkap sesuatu yang tersembunyi. Dengan itu jiwa manusia akan memperolehi ilmu pengetahuan yang baru dan selalu ingin mengkaji pengetahuan yang lain
Kebodohan itu sesuatu yang sangat membosankan dan menyedihkan.Ini kerana ia tidak pernah menimbulkan sesuatu yang baru yang lebih menarik dan segar di mana yang kelmarin terasa bagaikan seperti hari ini dan hari ini pula bagaikan hari esok.
Sekiranya anda inginkan kebahagiaan, maka tuntutlah ilmu, carilah ilmu pengetahuan dan raikanlah pelbagai manfaatnya,nescaya hilanglah segala kesedihan kepedihan dan kecemasan…
…dan katakanlah: " Ya Rabbku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan" (Thaha :114)
Bacalah dengan nama Rabbmu yang menciptakan(al-alaq:1)
Siapa saja yang dikehendaki Allah menjadi baik, nescaya akan Dia fahamkan tentang agama (islam) al-hadith
Janganlah seseorang berasa sombong dengan harta dan kedudukannya, sedangkan ia seorang yang tiada berpengetahuan sedikit pun. Sesungguhnya kehidupannya tiada kesempurnaan dan umumnya tiada memberikan manfaat.
Adakah orang yang mengetahui bahawasanya apa yang diturunkan kepadamu itu benar sama dengan orang yang buta. (Ar-Ra’d :19)
Az-Zamakhsyari, dalam sebuah syairnya berkata :
Berjaga malam kerana mencari ilmu
Lebih nikmat bagiku daripada kekayaan
Dan kepuasan yang telah ku capai.
Perputaran roda kehidupan
Telah melemparkan ke dalam kesulitan
Namun itu lebih menyenangkan
Sebab aku terus belajar menyelesaikan masalah.
Suara goresan pena di atas kertasku
Lebih merdu daripada alunan lagu kesamaran
Lebih indah daripada tabuhan rebana remaja puteri
Sedangkan lembaran tulisanku
Menebarkan butiran pasir hikmah.
Wahai kalian semua
Raihlah harapan dan mimpimu
Seberapa pun jarak penulis dengan bukunya.
Haruskah aku tetap tertidur 2 bulan
Sehingga mimpiku menjadi kenyataan?
Betapa mulianya ilmu pengetahuan dan betapa gembiranya jiwa seseorang yang menguasainya.Betapa sejuknya dada yang disiramnya dan betapa gembira perasaan ini menyambut kehadirannya.
Maka apakah orang yang berpegang teguh pada keterangan yang datang dan Rabbnya sama dengan orang yang (syaitan) menjadikan dia memandang baik perbuatannya yang buruk dan mengikuti hawa nafsunya? ( Muhammad:14)
Petikan dari buku ‘LA TAHZAN’
Tajuk ke 34, mukasurat 73
Pengarang: Dr. Ayidh Bin Abdullah Al-Qarni
Penterjemah : Noraine Abu