::. Assalamualaikum Wrm Wbt.:::

Friday, February 17, 2006

BERJALANLAH DI BUMI ALLAH YANG LUAS INI..

Seorang bijak bistari mengatakan : "Perjalanan (bermusafir) itu menghilangkan pelbagai kesusahan."

Al-Hafiz Ar-Ramhurmuzi dalam bukunya Al-Muhdatsu Al-Faadhil menjelaskan beberapa faedah perjalanan yang bertujuan menuntut ilmu dan kenikmatan yang diperolehi daripadanya.Buku itu ditulis sebagai bantahan ke atas orang yang tidak suka melakukan perjalanan untuk menuntut ilmu,bahkan mencelanya. Ia berkata sebagai berikut :

" Seandainya orang yang mencela mereka yang suka mengembara untuk menuntut ilmu mengetahui betapa nikmatnya pengembaraan tersebut, betapa besarnya semangat yang dirasakannya ketika meninggalkan tanah kelahirannya, dan kenikmatan yang dirasai oleh semua anggota tubuhnya pada saat memanfaatkan seluruh kesempatannya untuk melihat tempat yang baru dan rumah yang baru, pada saat melihat dusun-dusun kecil, pada saat melihat kebun-kebun dan tanah-tanah lapang, pada saa tmengenal bentuk muka bumi yang baru, pada saat melihat keajaiban pelbagai negeri, pada saat melihat perbezaan bahasa dan kulit, pada saat berehat di bawah bayangan dinding-dinding dan kebun, pada saat makan di dalam masjid,minum di lembah-lembah, dan tidur di manapun saat malam tiba, pada saat berteman dengan sesiapa sahaja yang dicintainya kerana Allah tanpa memandang lagi faktor kerabat dan keluarga, ketika segala bentuk kepura-puraan ditinggalkan,dan ketika semua kegembiraan itu sampai ke dalam hatinya kerana sudah dekat dengan apa yang diingini,kerana tercapainya maksud yang di dambakan, kerana keberhasilannya menembusi majlis yang didambakan,kerana kemampuannya menaklukki semua rintangan. Semua ini memberikan pengajaran kepadanya bahawa kenikmatan dunia ini terhimpun dalam keindahan semua peristiwa itu, dalam kemanisan pemandangan-pemandangan itu, dan kemampuan mengambil semua faedah yang ada. Semua itu bagi orang yang gemar mengadakan perjalanan,nilainya jauh lebih indah daripada bunga-bunga yang sedang mekar pada musim semi, dan lebih berharga daripada segunung emas murni,yang tidak boleh dirasakan oleh si tukang cela itu dan oaring-orang yang memiliki pandangan sepertinya:

Singkirkan semua tandu dari kumpulan manusia
Yang membuat engkau terhina.
Jauhi pula kehinaan
Sebab kehinaan memang seharusnya engkau jauhi.


Renungan…
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah itu apabila menyukai sesuatu kaum,maka Dia akan menurunkan cubaan kepada mereka.Barangsiapa yang redha dengan ujian itu,maka keredhaan Allah baginya, dan barangsiapa yang membenci , maka kebencian pula yang akan dia terima"


Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi,kemudiaan orang yang hampir sedarjat dengan mereka,kemudia yang lebih rendah lagi, dan seterusnya. Seseorang akan diuji sesuai dengan kadar keimanannya.Semakin kuat imannya,maka semakin berat juga ujiannya.Semakin tipis imannya, maka semakin ringan pula ujiannya.Seorang hamba tidak akan terlepas dari ujian-ujian hingga Allah membiarkan hamba itu berjalan di muka bumi tanpa dosa.


Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin itu!Semua urusannya mengandungi kebaikan baginya dan hal ini tidak berlaku bagi seorang pun kecuali seorang mukmin. Jika mendapat kebaikan dia bersyukur, maka itu menjadi sebuah kebaikan baginya. Dan jika ditimpa musibah dia bersabar, maka itu juga menjadi sebuah kebaikan baginya. (hadith)


Ketahuilah bahawa sendainya semua umat manusia itu berkumpul untuk memberikan manfaat kepadamu berupa sesuatu, nescaya mereka tidak akan mampu memberikan manfaat selain berupa sesuatu yang telah ditetapkan oleh allah bagimu.Dan seandainya mereka semua berkumpul untuk mencelakakan kamu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak akan mampu mencelakakan kamu kecuali dengan sesuatu yang ditetapkan Allah ke atasmu.(hadith qudsi)

Orang-orang yang soleh itu diberi ujian (yang berat) oleh Allah, kemudian orang yang hampir sedarjat dengan mereka,kemudian yang lebih rendah lagi dan seterusnya (al-hadith)

Orang mukmin itu bagaikan pohon yang kuat, yang tahan ditiup angin ke kanan dan ke kiri.(al-hadith)

Tuesday, February 07, 2006

Ilmu Pengetahuan Membawa Kebahagiaan


Firman Allah Swt :

dan Dia telah mengajarkan kepadamu apa yang belum kamu ketahui.Dan adalah kurniaan Allah itu sangat besar. (An-Nisa’:113)

Kebodohan itu adalah tanda kematian jiwa, terbunuhnya kehidupan dan mensia-siakan hidup.

…sesungguhnya Aku mengingatkan kepada mu supaya kamu tidak termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan… (surah Hud:ayat 46)
Sebaliknya, ilmu adalah cahaya bagi hati nurani, menghidupkan jiwa dan pemacu semangat.

Dan apakah orang yang mati kemudian dia Kami hidupkan dan kami berikan kepadanya cahaya yang terang yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap-gelita yang berkali-kali tidak dapat keluar daripadanya?.... (Al-An’am:122)

Sesungguhnya kebahagiaan dan keceriaan itu datang bersama ilmu pengetahuan. Itu kerana ilmu mampu mengubah sesuatu yang tidak jelas, menemukan sesuatu yang hilang,dan menyingkap sesuatu yang tersembunyi. Dengan itu jiwa manusia akan memperolehi ilmu pengetahuan yang baru dan selalu ingin mengkaji pengetahuan yang lain


Kebodohan itu sesuatu yang sangat membosankan dan menyedihkan.Ini kerana ia tidak pernah menimbulkan sesuatu yang baru yang lebih menarik dan segar di mana yang kelmarin terasa bagaikan seperti hari ini dan hari ini pula bagaikan hari esok.

Sekiranya anda inginkan kebahagiaan, maka tuntutlah ilmu, carilah ilmu pengetahuan dan raikanlah pelbagai manfaatnya,nescaya hilanglah segala kesedihan kepedihan dan kecemasan…


…dan katakanlah: " Ya Rabbku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan" (Thaha :114)

Bacalah dengan nama Rabbmu yang menciptakan(al-alaq:1)

Siapa saja yang dikehendaki Allah menjadi baik, nescaya akan Dia fahamkan tentang agama (islam) al-hadith

Janganlah seseorang berasa sombong dengan harta dan kedudukannya, sedangkan ia seorang yang tiada berpengetahuan sedikit pun. Sesungguhnya kehidupannya tiada kesempurnaan dan umumnya tiada memberikan manfaat.

Adakah orang yang mengetahui bahawasanya apa yang diturunkan kepadamu itu benar sama dengan orang yang buta. (Ar-Ra’d :19)

Az-Zamakhsyari, dalam sebuah syairnya berkata :

Berjaga malam kerana mencari ilmu
Lebih nikmat bagiku daripada kekayaan
Dan kepuasan yang telah ku capai.
Perputaran roda kehidupan
Telah melemparkan ke dalam kesulitan
Namun itu lebih menyenangkan
Sebab aku terus belajar menyelesaikan masalah.
Suara goresan pena di atas kertasku
Lebih merdu daripada alunan lagu kesamaran
Lebih indah daripada tabuhan rebana remaja puteri
Sedangkan lembaran tulisanku
Menebarkan butiran pasir hikmah.
Wahai kalian semua
Raihlah harapan dan mimpimu
Seberapa pun jarak penulis dengan bukunya.
Haruskah aku tetap tertidur 2 bulan
Sehingga mimpiku menjadi kenyataan?



Betapa mulianya ilmu pengetahuan dan betapa gembiranya jiwa seseorang yang menguasainya.Betapa sejuknya dada yang disiramnya dan betapa gembira perasaan ini menyambut kehadirannya.

Maka apakah orang yang berpegang teguh pada keterangan yang datang dan Rabbnya sama dengan orang yang (syaitan) menjadikan dia memandang baik perbuatannya yang buruk dan mengikuti hawa nafsunya? ( Muhammad:14)



Petikan dari buku ‘LA TAHZAN’
Tajuk ke 34, mukasurat 73
Pengarang: Dr. Ayidh Bin Abdullah Al-Qarni
Penterjemah : Noraine Abu