::. Assalamualaikum Wrm Wbt.:::

Monday, August 29, 2005

Kita Bersaudara.....

DALAM sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Hak seorang Islam terhadap seorang Islam yang lain adalah sebanyak enam perkara: 1- Apabila engkau berjumpa hendaklah memberi salam kepadanya, 2- apabila dia menjemput hendaklah diterima jemputannya itu, 3- apabila dia minta nasihatmu maka nasihatilah dia, 4- apabila dia bersin dan memuji Allah maka hendaklah engkau doakan pujian itu dengan berkata Yarhamkallah, 5-apabila dia sakit lawatilah dan 6- apabila dia meninggal dunia iringilah jenazahnya.”

Hadis ini menggariskan enam prinsip yang menjadi alat perhubungan kemasyarakatan dalam Islam. Enam perkara ini mudah untuk dilakukan oleh anggota masyarakat. Prinsipnya kita hidup perlu bertegur sapa; membuat kenduri kendara dengan menjemput orang ramai; memberi dan meminta pandangan atau fikiran; mendoakan orang sakit supaya cepat sembuh dan menziarahi serta mengiringi jenazah. Namun, ada yang beranggapan ia perkara remeh.

Jika dikaji, perkara yang remeh inilah yang orang sukar melakukannya kerana keegoan masing-masing. Yang pasti, melalui tindakan yang remeh inilah boleh memperlihatkan kejujuran, keikhlasan dan kesungguhan masyarakat sebagai tanda persaudaraan.

Ini bukannya bererti Islam mengabaikan suruhan lain seperti pembangunan negara, ekonomi dan pendidikan. Tidak ada percanggahan hadis ini dengan hal yang sebesar itu. Cuma hadis ini ingin menerangkan, Islam adalah hidup yang praktikal, yang lebih dulu menumpukan kepada suasana sekeliling masyarakat. Jadi, hadis ini menjelaskan bahawa perkara kecil yang dianggap remeh, sebenarnya lebih berkesan dalam menjalin dan mengukuhkan hubungan dalam masyarakat.

Perkara yang dianjurkan oleh hadis ialah:


1-Mengucap salam ketika berjumpa.

Salam di sini boleh diertikan dengan kesejahteraan atau kedamaian. Maka, secara tidak langsung ucapan salam seorang Muslim dengan orang yang lain adalah sebagai tanda kesejahteraan atau kedamaian.

Ini bererti, seorang telah mendoakan kesejahteraan orang lain dan apabila salam itu dijawab, maka ucapan sejahtera itu juga dipohon ke atas si pemberi salam tadi. Dengan kesejahteraan itu nanti akan wujudlah kedamaian dan kasih sayang antara mereka.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi, Abu Hurairah berkata bermaksud:
“Demi Allah yang menjadikan aku dengan tangannya kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang antara kamu. Mahukah kamu aku tunjukkan satu perkara yang jika kamu buat nescaya kamu akan berkasih sayang. Iaitu kamu memperluaskan salam antara kamu.”

2-Menerima jemputan.

Daripada hadis ini, kita dapat fahami bahawa hukum menerima jemputan orang yang membuat kenduri kahwin adalah wajib, sedangkan yang lain sunat saja. Ini dikuatkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan secara persetujuan ramai (muttafaqih alaih), daripada Ibn Umar yang bermaksud: “Kalau seseorang kamu dijemput ke suatu majlis kahwin hendaklah dia datang.” Ini adalah pendapat kebanyakan ulama fiqh. Malah pendapat ini dipersetujui juga oleh Imam Al-Syafie.

Al-Syafie mengatakan bahawa wajibnya orang Islam memenuhi jemputan kahwin dan beliau juga tidak membolehkan orang meninggalkan jemputan yang lain tanpa uzur yang diterima oleh syarak. Ini kerana sekiranya orang yang diundang itu tidak datang, ada dua anasir yang tidak diingini akan timbul.

Pertama, orang yang dijemput itu tidak sukakan dan tidak mahu menyertai kegembiraan jiran atau sahabat handainya. Dengan kata lain, dia tidak mahu melihat orang atau sahabatnya berada dalam kegembiraan. Ini kerana dengan mengunjurkan kenduri kendara, sudah tentulah akan mewujudkan suasana kegembiraan dan bersuka ria.

Kedua, orang yang dijemput itu menggalakkan terbuangnya makanan yang disediakan tanpa sebab. Ini bererti menggalakkan sifat membazir dan sebenarnya undangan itu dibuat untuk mengelakkan berlakunya pembaziran.

Inilah sebabnya, mengapa umat Islam disuruh memenuhi undangan itu. Tujuannya supaya hati orang yang mengundang itu bertambah gembira kerana disukai jiran dan sahabat handai serta kerja yang dilakukan tidak terbuang begitu saja.


3-Memberi nasihat.

Hadis ini juga menggambarkan bahawa memberi nasihat adalah kewajipan apabila diminta dengan cara baik. Begitupun, nasihat tanpa diminta adalah suatu kebaikan kerana ia adalah kebajikan.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Tamin al-Dariy, Rasulullah bersabda, maksudnya:
“Agama itu adalah nasihat. Lalu kami bertanya kepada Rasulullah, bagi siapa nasihat itu. Kata Baginda: Bagi Allah dan kitab-Nya dan rasul-Nya dan pemimpin Islam dan orang ramai.”

Nasihat bagi Allah itu ialah dengan beriman kepada-Nya. Nasihat bagi kitab Allah dan rasul-Nya ialah mengerjakan segala suruhan dan menjauhi segala larangan-Nya dan nasihat Rasulullah.

Nasihat bagi pemimpin dan orang ramai sebenarnya apa yang diterangkan oleh hadis ini untuk memperelokkan diri, masyarakat dan kehidupan seharian.


4-Mendoakan orang bersin.

Bersin ialah tindakan spasma kedua-dua dada dan saluran pernafasan yang menyebabkan penghembusan kencang dan keluarnya udara melalui lubang hidung. Tindakan ini datang sendiri dan tidak boleh dibuat-buat.

Apabila kita menyedut udara, maka udara itu dimaksudkan untuk menjadikan jantung kita bergerak. Udara itu dipanaskan hingga sampai ke darjah suhu badan kita, kemudian didinginkan hingga sampai hampir basah dan dibersihkan daripada bakteria dan debu lain.

Jadi udara yang masuk ke dalam jantung itu adalah udara bersih. Dengan demikian, hidung pun bersih dan lubang hidung dapat berfungsi dengan baik. Dengan ini dapat difahamkan bahawa jika seseorang itu bersin, maka itu adalah tanda dia sihat kecuali ketika sakit.

Oleh itu, apabila, seseorang itu bersin, maka sewajarnyalah dia menyebut Alhamdulillah kerana beliau berada dalam keadaan sihat. Apabila mendengar orang memuji Allah dengan ikhlas dan tawaduk, maka kita patut pula mendoakan orang itu mudah-mudahan dilebihkan lagi nikmat dan rahmat Allah kepadanya dengan berkata Yarhamkallah. Seterusnya akan dijawab oleh orang yang bersin tadi dengan berkata, yahdikumu allah wa yaslih balikum.


5-Melawat orang sakit.

Ramai di kalangan umat Islam yang kurang mengetahui menziarahi orang sakit adalah tuntutan agama. Ini terbukti dalam kitab hadis ada satu bab mengenai hal ini, termasuk cara melawat, ucapan waktu melawat dan sebagainya. Ini menunjukkan, adat melawat orang sakit sangat diambil berat oleh Islam. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari daripada Abu Musa al-Ashari yang bermaksud: “Berilah makan orang yang lapar, lawatilah orang yang sakit dan lepaskan orang yang teraniaya.”

Ulama fiqh bersetuju mengatakan bahawa melawat orang sakit adalah sunat. Ada juga pendapat yang mengatakan fardu kifayah. Sunat itu adalah berbentuk umum iaitu siapa saja yang sakit sama ada kita kenal atau sebaliknya, sama ada keluarga atau bukan dan umum bagi semua jenis pesakit.


6-Mengiringi jenazah.

Inilah kebajikan yang terakhir dapat kita buat untuk seseorang sebelum dia hilang dalam liang lahad. Daripada hadis di atas dapatlah difahami bahawa Islam menyuruh dan menggalakkan umatnya mengiringi jenazah ke kubur sama ada orang itu dikenali atau tidak dikenali.

Begitu pun, suruhan ini hanya tertumpu kepada orang lelaki, sementara orang perempuan tidak termasuk dalam suruhan ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh muttafaqih alaih daripada Atiyah katanya: “Kami dilarang mengiringi jenazah dan larangan itu tidaklah diberatkan ke atas kami. Ini bererti larangan itu hanya larangan makruh dan bukannya haram.”

Dalam hubungan ini patutlah diterangkan bahawa Islam sangat menghormati manusia sejak mereka dilahirkan hingga meninggal dunia.

Oleh itu, apabila kita melihat orang ramai membawa jenazah hendaklah berdiri dan apabila mengiringinya, janganlah duduk hingga jenazah itu diletakkan di atas tanah perkuburan.

Ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Muttafaqih alih daripada Abi Said, bermaksud:
“Jika kamu melihat jenazah (lalu di hadapan kamu) hendaklah kamu bangun. Dan barang sesiapa yang mengikutnya hendaklah jangan duduk hingga diletakkan (di tanah).”

Inilah enam perkara yang disuruh oleh Islam dilakukan oleh seseorang Muslim terhadap saudaranya. Marilah sama-sama kita melaksanakan suruhan ini dan insya-Allah dengan pelaksanaannya dalam kehidupan bermasyarakat, kehidupan akan menjadi lebih harmoni.

Pernahkah Kita Fikirkan???

Pernahkah kita terfikir, setelah saban usia kita mendirikan solat berserta syarat rukunnya, apakah rukun solat yang paling disukai oleh Allah s.w.t.? Persoalan ini kita utarakan, mudah-mudahan dapat menambahkan kefahaman kita mengenai ibadah solat yang kita dirikan selama ini.

Dengan menyelami, memahami, menjiwai serta menghayati setiap detik ibadah atau solat yang dikerjakan, barulah kita akan mendapat kemanisan dan faedah darinya. Barulah ibadah kita itu dapat mendinding dan mencegah diri kita dari dosa dan noda.

Firman Allah bermaksud: "
Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar." (Al-Ankabut: 45)

Sememangnya segala rukun di dalam solat, baik rukun yang melibatkan hati (qalbi), lisan (qauli) mahupun perbuatan (fi’li) mempunyai pengertian dan maksud yang amat mendalam sekali di sisi Allah. Segala pergerakan di dalam solat sebenarnya sarat dengan hikmah dan pendidikan dari Allah Taala.

Namun begitu, amalan atau rukun yang paling disukai Allah ialah rukun sujud. Dikatakan juga bahawa waktu sujud itu adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Kenapa rukun sujud itu sangat utama dan paling disukai Allah?

Cuba kita perhatikan bagaimanakah keadaan kita ketika bersujud itu. Tidakkah pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan ‘rasa menghina dirinya’ seseorang hamba itu di depan Tuhannya.

Dia berada di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa "
Ya Allah, hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan meminta pertolongan".

Seorang Sahabat Nabi s.a.w., iaitu Huzaifah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "
Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah, daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah (sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)." (Riwayat Imam Tabrani di dalam Ausath).

Orang yang tidak mahu, tidak suka, enggan ataupun malas bersujud kepada Allah sudah dapat digambarkan tahap kesombongan, keangkuhan dan keegoannya. Sinonimnya orang yang ego untuk sujud kepada Allah, adalah orang yang juga ego dan sombong kepada sesama manusia. Tidak begitu?

Untuk sujud, meratakan dahi (muka) setaraf bumi dirasakan terlalu leceh, kolot dan membuang masa. Kalau ia bersujud pun, sujudnya tidak sempurna ibarat patukan ayam sahaja - hendak cepat selesai.

Apalagi kalau yang bersujud sama di sebelahnya ketika itu adalah seorang fakir miskin. Hatinya rasa mendongkol dan bibirnya menjuih ke depan penuh penghinaan.

Inilah manusia-manusia angkuh. Manusia-manusia yang ingin memakai "selendang" Allah, sedangkan selendang sombong (kibriyak) itu hanya layak untuk Allah s.w.t. sahaja.

Role Model

Role model kepada manusia-manusia angkuh itu tak lain tak bukan adalah Iblis laknatullah sendiri. Dalam al-Quran, surah al-Baqarah, Allah telah merakamkan betapa angkuh dan bongkaknya Azazil ini untuk sujud kepada Nabi Adam a.s., sebagai satu perintah dari Yang Maha Berkuasa.

Sementara itu, di kalangan manusia, masih ramai lagi bilangan yang tidak mendirikan solat lima waktu. Tidak bersolat maknanya tidak bersujud dan tidak tunduk kepada Allah. Justeru, orang yang tidak mendirikan solat sebenarnya adalah orang yang sombong terhadap Allah.

Sedangkan setiap orang daripada kita, tidak kira siang atau malam, pagi atau petang, menghidup udara Allah, meratah dan memburu rezeki-Nya di segenap penjuru dunia, juga menghidu setiap kuntum nikmat-Nya. Hamba jenis apakah kita ini jika masih tidak mahu tunduk dan sujud kepada Tuhan pemberi nikmat?

Firman Allah, bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat (Kami) mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombingkan diri." (As-Sajadah: 15)

Di dalam perlakuan sujud itu, ada simbolik dan hikmah yang harus kita fahami dan hayati. Iaitu bersama tertancap dan ratanya tujuh anggota badan kita dengan bumi.

Pergerakan yang sepenuh jiwa, sepenuh rasa hina dan mengharap kepada Allah s.w.t. Simbolnya ialah penyerahan total seorang hamba terhadap Penciptanya dalam menerima serta mematuhi segala perintah dan larangan dari-Nya.

Jangan sampai berlaku, hanya di dalam solat sahaja kita sujud, tetapi di dalam kehidupan seharian kita bersifat "jauh api dari panggang". Dalam erti kata yang lain kita tidak tunduk, tidak taat dan tidak menyerah secara total kepada peraturan dan sistem Allah yang maha sempurna.

Sujud sebegini adalah sujud yang tidak luhur, tidak tulus kepada Allah s.w.t. Sujud yang tiada penghayatan (roh), dan tidak akan membentuk diri empunyanya.

Marilah kita sama-sama membina sujud yang berkualiti. Sujud akan memberi makna dan kepuasan maksimum bilamana hamba-hamba Allah ini sujud di hadapan-Nya dalam keadaan menghina diri, memohon keredhaan-Nya.

‘Ubadah bin Somit r.a. telah mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Tiadalah seorang hamba yang sujud kepada Allah dengan sekali sujud, melainkan Allah menuliskan bagi hamba-Nya itu satu kebaikan, menghapuskan baginya satu kejahatan dan mengangkatkan baginya satu darjat."

Sunday, August 21, 2005

Permasalahan Tudung dan Pakaian Muslimat...

Dalam hadis Rasulullah s.a.w riwayat Muslim : "Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Laki-laki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak bonggol unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian."

Penerangan Hadis:

Hadis di atas adalah antara hadis-hadis yang memperincikan masalah aurat dalam syariat Islam. Istilah aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan yang bukan mahram. Arahan menutup aurat ini adalah hasil dari keyakinan keagamaan dan ikatan syahadah yang termeterai dengan pengakuan lisan dan pengiktirafan dengan hati terhadap kebenaran agama Islam. Ia adalah hubungan yang terjalin antara manusia dengan Allah atau agama yang dianutinya. Ia lambang penyerahan diri dan persetujuan terhadap perintah Allah S.W.T.

Dalam masa yang sama ia juga adalah tuntutan ibadah dan syariat Islam yang menjadi sebahagian dari anutan, amalan dan penghayatan agama. Ia bukan simbol yang tidak memberikan apa-apa fungsi apatah lagi untuk menandakan atau menunjuk-nunjuk secara provokasi keangkuhan beragama. Islam tidak pernah mengajar manusia untuk bersikap angkuh dengan pakaian. Sebaliknya melarang perbuatan yang demikian seperti mana yang diungkapkan oleh beberapa ajarannya. Pemakaian tudung atau pakaian yang menutup aurat adalah semata-mata kerana memenuhi tuntutan agama Islam yang maha suci.

Ada beberapa dalil yang menunjukkan wajibnya menutup aurat bagi wanita muslimah, antara lain :

1. Dalam al-Quran surah An-Nur ayat 31,
"Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: ’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumurnya (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba abdi yang mereka miliki, atau pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita,………"

Ayat ini menegaskan empat hal:
1. Perintah untuk menahan pandangan dari yang diharamkan oleh Allah.
2. Perintah untuk menjaga kemaluan dari perbuatan yang haram.
3. Larangan untuk menampakkan perhiasan kecuali yang biasa tampak.

Para ulama mengatakan bahawa ayat ini juga menunjukkan akan haramnya menampakkan anggota badan tempat perhiasan tersebut. Sebab, jika perhiasannya saja dilarang untuk ditampakkan apalagi tempat perhiasan itu berada. Sekarang marilah kita perhatikan penafsiran para sahabat dan ulama terhadap kata “…kecuali yang biasa nampak…” dalam ayat tersebut.

Menurut Ibnu Umar RA. yang biasa nampak adalah wajah dan telapak tangan. Begitu pula menurut Atho,’ Imam Auzai dan Ibnu Abbas RA. Hanya saja beliau (Ibnu Abbas) menambahkan cincin dalam golongan ini. Ibnu Mas’ud RA. mengatakan maksud kata tersebut adalah pakaian dan jilbab. Said bin Jubair RA. mengatakan maksudnya adalah pakaian dan wajah. Dari penafsiran para sahabat dan para ulama ini jelaslah bahawa yang boleh tampak dari tubuh seorang wanita adalah wajah dan kedua telapak tangan. Selebihnya hanyalah pakaian luarnya saja.

4. Perintah untuk menutupkan khumur ke dada. Khumur adalah bentuk jamak dari khimar yang bererti kain penutup kepala (tudung). Ini menunjukkan bahawa kepala dan dada adalah juga termasuk aurat yang harus ditutup. Bererti tidak cukup hanya dengan menutupkan tudung pada kepala saja dan ujungnya diikatkan ke belakang. Tapi ujung tudung tersebut harus dibiarkan terjuntai menutupi dada. Penekanan untuk tidak memperlihatkan perhiasan dan aurat kepada laki-laki asing (bukan mahram) kecuali kepada orang-orang tertentu saja seperti suami, anak dsb.

2. Surah al-Ahzab : 59
"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin: ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka'. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan oleh kerananya mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59).

Pengertian jilbab ialah :

a) Pakaian yang menutupi badan langsung dari atas sampai ke bawah.
b) Pakaian yang lebih lebar dari tudung.
c) Pakaian luar wanita seperti jubah, gamis (baju panjang).
d) Menurut Ibnu Arabi, jilbab adalah pakaian yang menutupi seluruh badan dari kepala hingga mata kaki.
e) Al-Khatib asy-Syarbini dari al-Khalil (sebagaimana yang dikutip Dr. Abdul Halim) menjelaskan bahawa setiap pakaian dalam, pakaian luar dan pakaian yang dipergunakan untuk menutupi adalah jilbab, jika yang dimaksud dengan jilbab itu adalah gamis, maka mengulurkannya itu ialah menyempurnakannya hingga menutup tubuh dan kedua kakinya.

Ayat ini menjelaskan pada kita bahawa menutup seluruh tubuh adalah kewajiban setiap wanita muslimah (mukminah) dan merupakan tanda keimanan mereka. Menutup aurat adalah salah satu dari kewajiban yang telah ditetapkan bagi muslimah, sedangkan menuntut ilmu adalah kewajiban lain yang berlaku untuk seumur hidup.

Hadis shahih ini menjelaskan bagaimana wanita yang tidak akan mencium bau syurga disebabkan kerana mereka berpakaian namun telanjang, ertinya pakaian yang mereka kenakan sempit, transperan (terlalu jarang) dan menampakkan bentuk tubuh sehingga Rasulullah s.a.w mengumpamakannya dengan ‘berpakaian namun telanjang’. Pakaian yang transperan tidak dapat memenuhi kriteria sebagai penutup aurat, kerana warna kulit masih terlihat, pakaian tersebut juga tidak boleh dipakai untuk solat, apalagi untuk keluar rumah. Al-Nawawi dalam syarahnya menjelaskan bahawa wanita yang berpakaian tetapi seperti telanjang tersebut adalah wanita yang berpakaian dengan menutupi sebahagian badannya dan membiarkan terbuka sebahagian yang lain, atau wanita yang berpakaian tipis sehingga terlihat warna kulit dan bentuk tubuhnya

Dalam hadis Hadis riwayat Aisyah Radhiyallahu 'anhu, bahawasanya Asma binti Abu Bakar masuk menemui Rasulullah dengan pakaian yang tipis, lantas Rasulullah berpaling darinya dan berkata, "Hai Asma, sesungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid (akil baligh) maka tak ada yang layak terlihat kecuali ini," sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan. (HR Abu Daud dan Baihaqi).

Hadis ini menunjukkan dua hal :
a Kewajiban menutup seluruh tubuh wanita kecuali wajah dan telapak tangan.
b Pakaian yang tipis tidak memenuhi syarat untuk menutup aurat.

Al-Quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31;

Maksudnya: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."


Iman Syafie berpendapat; perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat di atas terbahagi kepada dua makna iaitu:
1. Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka, pipi mulut, mata bibir, hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.

Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka. Ini bermakna penutupan aurat iatu adalah satu dari bentuk jaminan keselamatan yang diajukan oleh Islam untuk melindungi kepentingan wanita. Kalau dilihat dari sudut psikologi dan sosial maka pakaian menutup aurat termasuk tudung adalah selaras dengan matlamat murni untuk mengujudkan kejernihan sosial dan mengekang pengaruh rangsangan berahi seks yang jika sudah terkobar sukar dibendung, Hal ini akan menggugat maruah dan keselamatan kaum wanita. Dalam jangka panjang menggugat peradaban dan keutuhan sesebuah negara .

Dari sudut kesihatan pakaian yang menutup aurat termasuk tudung kepala lebih menjamin kesihatan diri dari debu dan kotoran persekitaran. Bagi kaum wanita yang berada di negara beriklim sederhana atau dingin maka pakaian sebegini bukan hanya merupakan keharusan bahkan amat dituntut memandangkan cuaca yang boleh memudharatkan diri mereka kalau terdedah kepada cuaca berkenaan.

Dari sudut integrasi maka dasar integrasi dalam mana mana negara sekalipun mesti mengambil kira perkembangan kesedaran dan nilai-nilai sosial yang lebih sehat, selamat dan murni serta jitu untuk dijadikan dasar integrasi tersebut. Untuk mengamalkan budaya menggalakkan dialog, berfikir yang bebas, demokrasi dan positif. Oleh itu hujah menghormati dasar integrasi dalam sesebuah negara mungkin juga mewajibkan pakaian tersebut kepada semua wanita memandangkan kebaikan yang boleh dicapai dari sesuatu amalan sosial yang lebih positif, berfaedah serta waras. Amalan tersebut wajar dijadikan asas kepada dasar integrasi nasional dalam sesebuah negara; baik sekular mahupun bukan.

Yang lebih penting dalam hal ini ialah berfikir dengan lebih seimbang dan objektif dan tidak berat sebelah dalam melihat isu tudung dan pakaian yang menutup aurat ini. Jaminan kebebasan manusia untuk beragama perlu dipertahankan, Negara tidak akan runtuh hanya kerana kaum wanitanya menutup aurat atau bertudung. Negara runtuh dengan budaya porno, serba merangsang, seks bebas, penindasan, sikap tidak bertoleraensi dan kehilangan disiplin kendiri yang dijana oleh persekitaran sosial yang mewabak.

Dari sebahagian dalil dan perbincangan yang telah diuraikan tersebut di atas kita dapat memahami bahawa menutup aurat adalah wajib. Bererti jika dilaksanakan akan menghasilkan pahala dan jika tidak dilakukan maka akan menuai dosa. Kewajiban menutup aurat ini tidak hanya berlaku pada saat solat saja namun juga pada semua tempat yang memungkinkan ada laki-laki lain dapat melihat aurat kaum wanita. Kebijaksanaan Allah dalam mewajibkan kebaikan cukup jelas dan tidak dapat ditolak oleh akal yang melihat agama sebagai suatu kejahatan.

Jadi apa tunggu lagi???Tutuplah aurat anda!!!

Pentingnya sunnah Rasulullah SAW

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)


Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)


Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahwa Nabi SAW telah bersabda: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerusakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahwa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api. (Kanzul Ummal 1: 47)


Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku.


Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah r.a. dari Nabi SAW katanya: Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga!


Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku!

Wednesday, August 17, 2005

Rezeki Allah Untuk Semua Makhluk



Manusia seringkali berkeluh kesah atas rezeki yang ia terima. Bila besarnya keinginan tidak sama dengan yang ia terima, sulit baginya untuk berucap syukur. Pernahkah anda renungkan bahwa pintu rezeki Allah itu ada di mana-mana? Seberapa banyak kedua tangan anda bisa meraihnya, tergantung kepada diri anda sendiri. Kisah berikut semoga terpetik hikmahnya.

Dari Muadz bin Jabal ra dia berkata, Rasul SAW bersabda: "Ya anak Adam, malulah kepada-Ku disaat kau melakukan kemaksiatan, sedangkan Aku malu padamu di hari pembalasan yang amat besar, maka jangan kalian berbuat dosa wahai anak Adam, bertaubatlah kepada-Ku maka Aku akan memuliakanmu sebagaimana mulianya para Nabi.

Ya anak Adam, janganlah kau palingkan hatimu dari-Ku, karena sesungguhnya jika hatimu berpaling dari-Ku maka Aku membiarkanmu dan tidak akan menolongmu. Wahai anak Adam, apabila kamu bertemu dengan-Ku kelak di hari kiamat dan kebaikan sebanyak penduduk bumi menyertaimu, maka tidak Aku terima kebaikanmu sehingga kamu membenarkan janji dan ancaman-Ku.

Wahai anak Adam, sesungguhnya Aku adalah Dzat Yang Memberikan Rezeki sedangkan kamu adalah orang yang menerima rezeki dan kamu mengetahui bahwasanya Aku akan menepati janji-Ku untuk memberikan rezeki padamu, maka janganlah kamu meninggalkan taat kepada-Ku disebabkan rezekimu. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan taat kepada-Ku, disebabkan rezekimu maka siksa-Ku wajib atas kamu dan jagalah lima perkara ini untuk-Ku dan pada akhirnya surga adalah imbalan untukmu."


Kisah Burung Hijau

Ya saudaraku, jangan kalian sedih atas rezeki. Rezekimu tidak dapat mencegah ketaatan kepada Allah SWT sebab firman Allah SWT mengatakan, "Dan tidak ada makhluk Allah SWT di muka bumi kecuali rezekinya ditanggung Allah SWT." Sebagaimana keterangan yang terdapat pada hadits berikut ini:


Sesungguhnya Allah SWT menciptakan burung hijau di angkasa dan Allah SWT membuatkan lembing di atas punggung dan membuatkan lembing yang lain di bawah perutnya. Allah SWT juga menciptakan ikan besar di lautan yang memangsa ikan kecil dan daging ikan kecil itu akan masuk ke sela-sela gigi ikan besar yang dapat membahayakan dan menyakitinya. Lalu ikan besar mengeluarkan kepalanya dari dalam air dan membuka mulutnya dan pada saat itu masuklah burung hijau ke dalam mulut ikan besar itu lalu mematuk-matuk sisa-sisa daging yang ada di sela-sela gigi ikan besar itu sedangkan dua buah lembing laksana penyangga yang mencegah ikan besar itu memangsa burung hijau itu. Ketika sisa-sisa daging yang melekat di antara sela-sela gigi ikan besar itu habis lalu terbanglah burung hijau itu ke angkasa.

Hikmah:
Allah SWT telah menjadikan rezeki seekor burung dari sela-sela gigi ikan dan ikan besar kembali ke tempatnya sambil merasakan kenyamanan karena pertolongan seekor burung. Keberadaan salah satu dari keduanya telah menjadikan hubungan sebab akibat bagi yang lain. Allah SWT tidak meninggalkan seekor burung tanpa rezeki, maka bagaimana Allah meninggalkan manusia tanpa rezeki?.



Kisah Perburuan Ibrahim Bin Adam

Kisah ini menuturkan sebab-sebab taubatnya beliau. Pada suatu hari Ibrahim keluar untuk berburu binatang. Disuatu tempat ia berhenti dan bergegas menghamparkan tikar untuk makan. Pada saat dia tengah menikmati makan, tiba-tiba datang seekor burung Gagak yang hinggap di atas tikar tersebut dan mengambil roti dengan paruhnya, lalu burung Gagak itu segera kabur terbang ke angkasa. Ibrahim menjadi heran dan segera menaiki kudanya untuk pergi mengikuti burung gagak itu yang terbang dan menghilang di balik gunung. Akhirnya Ibrahim juga naik ke atas gunung dan melihat ke sekitarnya dan terlihatlah burung Gagak itu dari kejauhan. Ketika di dekati, burung Gagak itu terbang dan di sana terlihat seorang laki-laki dalam keadaan terikat tali dengan posisi tidur memiringkan tubuhnya.


Melihat itu Ibrahim segera turun dari kudanya dan buru-buru melepaskan pengikat di tubuh laki-laki itu dan bertanyalah tentang keadaan laki-laki itu. Laki-laki itu segera bercerita, "Sesungguhnya saya adalah seorang pedagang yang dirompak di tengah perjalanan. Seluruh harta yang kubawa habis dirompak. Mereka juga memukuli, mengikatku dan membuangku di tempat ini. Telah tujuh hari aku berada di tempat ini dan setiap hari seekor burung Gagak datang membawa roti. Burung itu hinggap di atas dadaku sambil memecah-mecah roti itu dengan paruhnya, lalu ia masukkan roti itu ke dalam mulutku.

Ternyata Allah tidak membiarkan aku kelaparan selama tujuh hari." Segera Ibrahim menaiki kudanya sekaligus membonceng laki-laki itu dan membawanya ke perkemahannya. Ibrahim bertaubat dan kembali kepada Allah. Dia melepaskan baju kebanggannya, membebaskan budak-budaknya dan mewakafkan tanah pekarangannya dan semua harta yang dimilikinya. Ibrahim mengambil tongkat dan berjalan ke kota Mekkah tanpa perbekalan dan tanpa sarana angkutan. Dia tidak memperdulikan rasa lapar sehingga sampai di Ka'bah. Disana Ibrahim menyampaikan rasa syukurnya kepada Allah SWT

Hikmah:

Allah SWT berfirman, "Barang siapa berserah diri kepada Allah maka baginya akan dicukupi oleh Allah. Sesungguhnya Allah SWT adalah Dzat yang menyampaikan perkara manusia dan Allah benar-benar mampu menjadikan segala sesuatu.

Tuesday, August 16, 2005


In-Team di Kolej UNITI


Pertandingan Nasyid

Monday, August 15, 2005

Penuntut Ilmu


Assalamualaikum warahmatullah,

Menuntut ilmu adalah umpama mendaki sebuah bukit di mana dalam pendakian tersebut seseorang akan bersinggah di 5 tempat persinggahan:


Persinggahan pertama (di kaki bukit, sebelum mula mendaki):

Ini adalah tempat asal semua penuntut ilmu, di mana seseorang itu berada didalam keadaan jahil dan tidak tahu-menahu.

Persinggahan kedua:

Ini adalah tempat semua orang yang ingin mengubati kejahilan dirinya. Di tempat ini akan ditemui berbagai sumber ilmu pengetahuan. Dengan sikap terbuka lagi bersemangat seseorang itu mengambil dan memanfaatkan semua ilmu-ilmu yang ditemuinya di sini.

Persinggahan ketiga:

Ini adalah tempat bagi orang yang telah mengumpul semua ilmu yang ditemuinya di persinggahan kedua. Dengan terkumpulnya semua ilmu tersebut, dia merasakan dirinya hebat dan alim. Maka ditempat persinggahan ini seseorang itu berubah menjadi takabur, ujub dan sombong. Dia tidak lagi mahu membuka pintu-pintu ilmunya melainkan orang lainlah yang wajib membuka pintu mereka untuk menerima sumbatan ilmunya.

Persinggahan keempat.

Jika seseorang itu mahu meneruskan pendakian setelah tempat persinggahan ketiga, dia akan menemui tempat persinggahan ini yang dipenuhi dengan sumber-sumber yang dapat menyedarkan dirinya. Kesedaran ini akan mengubah dirinya ke arah sifat tawadhu' dan rendah diri. Dia akan kembali sebagaimana dirinya di tempat persinggahan kedua, suka berkongsi ilmu dan bertukar pendapat. Hanya sahaja kini dia lebih matang dan dewasa, hasil hikmah sifat tawadhu' yang menyinar dari hatinya. Seterusnya dia mendaki lagi:

Persinggahan kelima (di puncak bukit):

Di persinggahan ini dia mencapai kemuncak ilmu, iaitu dia tahu bahawa dia sebenarnya tidak tahu apa-apa melainkan Allah yang mengetahui semuanya. Apa sahaja yang benar disedari bahawa ia berasal dari Allah manakala apa sahaja yang salah diakui bahawa ia berasal dari kelemahan dirinya sendiri.

Kita sekarang berada di persinggahan yang mana ? Harapnya bukan yang pertama dan bukan yang ketiga. Jika kita berada di tempat persinggahan pertama atau ketiga ini, ayuhlah cepat-cepat kita meneruskan pendakian. Janganlah berehat lama-lama di sana.

Jika kita berada di persinggahan keempat, ingatlah bahawa kita sedang mendaki bukit, bila-bila masa boleh tergelincir jatuh ke bawah.

Teruskan mendaki. Dan kita mendaki sebagai satu pasukan. Insya-Allah semoga kita semua sampai ke puncak bukit, di tempat persinggahan kelima.


Sekian sekadar renungan dan iktibar bersama


Saturday, August 13, 2005

40 Nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib

Berikut adalah 20 dai 40 nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Saiyidina Ali Ibn Abi Talib dan kitab Al Bayan Wattabyeen oleh Al Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al Jaahidh r.a.

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.
2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.
3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.
4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.
5. Jagailah ibubapamu, nescaya anak anakmu akan menjagai kamu.
6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah s.w.t.
7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil
daripada seseorang bakhil.
8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan.
9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu.
10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.
11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.
12. Mengajar adalah belajar.
13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.
14. Insan terbahagi kepada 3 : mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang
tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.
15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.
16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.
17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.
18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.
19. Manusia sebenarnyasedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.
20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak
akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.

Balasan Amal

Balasan Amal

Salah seorang sahabat Rasullullah SAW meninggal dunia. Rasulullah menghantar jenazahnya sampai ke kuburan. Dan pada saat pulangnya sempat Rasullullah singgah untuk menghibur dan menenangkan keluarga almarhum supaya tetap bersabar dan tawakal menerima musibah itu.

Kemudian Rasulullah berkata,"tidakkah almarhum mengucapkan wasiat sebelum wafatnya?". Isterinya menjawab, saya mendengar dia mengatakan sesuatu di antara dengkur nafasnya yang tersekat-sekat menjelang ajal" . "Apa yang di katakannya?" ."Saya tidak tahu, ya Rasulullah, apakah ucapannya itu sekadar rintihan sebelum mati, ataukah pekikan pedih kerana dahsyatnya sakaratul maut. Cuma, ucapannya memang sulit dipahami lantaran merupakan kalimat yang terpotong-potong."

"Bagaimana bunyinya?" desak Rasulullah. Isteri yang setia itu menjawab,"suami saya mengatakan "Andaikata lebih panjang lagi....andaikata yang masih baru .... andaikata semuanya...." hanya itulah yang tertangkap sehingga kami bingung dibuatnya. Apakah perkataan-perkataan itu igauan dalam keadaan tidak sedar,ataukah pesan-pesan yang tidak selesai?" Rasulullah tersenyum."sungguh yang diucapkan suamimu itu tidak keliru,"ujarnya.

Kisahnya begini. pada suatu hari ia sedang bergegas ke masjid untuk melaksanakan shalat Jumaat. Di tengah jalan ia berjumpa dengan orang buta yang bertujuan sama. Si buta itu tersaruk-saruk karena tidak ada yang menuntun. Maka suamimu yang membimbingnya hingga tiba di masjid. Tatkala hendak menghembuskan nafas penghabisan, ia menyaksikan pahala amal solehnya itu, lalu iapun berkata "andaikan lebih panjang lagi".

Maksudnya, andaikata jalan ke masjid itu lebih panjang lagi,pasti pahalanya lebih besar pula. Ucapan lainnya ya Rasulullah?"tanya isteri mulai tertarik.

Nabi menjawab,"adapun ucapannya yang kedua dikatakannya tatkala, ia melihat hasil perbuatannya yang lain. Sebab pada hari berikutnya, waktu ia pergi ke masjid pagi-pagi, sedangkan cuaca dingin sekali, di tepi jalan ia melihat seorang lelaki tua yang sedang duduk menggigil, hampir mati kedinginan. Kebetulan suamimu membawa sebuah mantel baru, selain yang dipakainya. Maka ia mengambil mantelnya yang lama, diberikannya kepada lelaki tersebut.

Dan mantelnya yang baru lalu dikenakannya. Menjelang saat-saat terakhirnya, suamimu melihat balasan amal kebajikannya itu sehingga ia pun menyesal dan berkata, "Cuba andaikan yang masih yang kuberikan kepadanya dan bukan mantelku yang lama, pasti pahalaku jauh lebih besar lagi".Itulah yang dikatakan suamimu selengkapnya. Kemudian, ucapannya yang ketiga, apa maksudnya, ya Rasulullah?" tanya isteri makin ingin tahu.

Dengan sabar Nabi menjelaskan,"ingatkah kamu pada suatu ketika suamimu datang dalam keadaan sangat lapar dan meminta disediakan makanan? Engkau menghidangkan sepotong roti yang telah dicampur dengan daging. Namun, tatkala hendak dimakannya,tiba- tiba seorang musyafir mengetuk pintu dan meminta makanan. Suamimu lantas membagi rotinya menjadi dua potong, yang sebelah diberikan kepada musyafir itu. Dengan demikian, pada waktu suamimu akan nazak, ia menyaksikan betapa besarnya pahala dari amalannya itu. Karenanya,ia pun menyesal dan berkata ' kalau aku tahu begini hasilnya, musyafir itu tidak hanya kuberi separoh.

Sebab andaikata semuanya kuberikan kepadanya, sudah pasti ganjaranku akan berlipat ganda. Memang begitulah keadilan Tuhan. Pada hakekatnya, apabila kita berbuat baik, sebetulnya kita juga yang beruntung, bukan orang lain.

Lantaran segala tindak-tanduk kita tidak lepas dari penilaian Allah. Sama halnya jika kita berbuat buruk. Akibatnya juga akan menimpa kita sendiri.Karena itu Allah mengingatkan: "kalau kamu berbuat baik, sebetulnya kamu berbuat baik untuk dirimu. Dan jika kamu berbuat buruk, bererti kamu telah berbuat buruk atas dirimu pula." (surat Al Isra':7)
geovisit();

Thursday, August 04, 2005

Ciri-Ciri Rezeki Yang Berkat

Untuk mempastikan bahawa setiap rezeki yang diterima sama ada banyak atau sedikit itu mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t maka kita perlulah meneliti beberapa perkara berikut :

1. Kita tidak meninggalkan sebarang perintah Allah seperti sembahyang dan mengeluarkan zakat sepanjang tempoh kita mencari rezeki.

2. Kita tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dan maksiat seperti menipu, curi tulang, berjudi dan sebagainya semasa kita bekerja.

3. Kita bekerja dengan jujur dan amanah, jauh daripada niat-niat yang serong dan tujuan yang jahat.

4. Kita menjaga lidah dan anggota badan kita daripada menyakiti hati orang lain, sebaliknya sentiasa menolong orang lain bagi tujuan kebajikan.

5. Menanam keyakinan yang kuat bahawa rezeki itu ketentuan Allah s.w.t di mana manusia cuma berusaha dan berserah kepada Allah s.w.t.

(Sumber dari : Sinar Rohani - JAKIM)

Teka-Teki Imam Ghazali..

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya Teka Teki :

Imam Ghazali = "Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?"
>Murid 1 = " Orang tua "
>Murid 2 = " Guru "
>Murid 3 = " Teman "
>Murid 4 = " Kaum kerabat "


Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
>Murid 1 = " Negeri Cina "
>Murid 2 = " Bulan "
>Murid 3 = " Matahari "
>Murid 4 = "
Bintang-bintang ''

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
>Murid 1 = " Gunung "
>Murid 2 = " Matahari ''
>Murid 3 = " Bumi "


Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Imam Ghazali = " Apa yang paling berat didunia ?"
>Murid 1 = " Baja "
>Murid 2 = " Besi "
>Murid 3 = " Gajah "


Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab: 72). Tumbuh-tumbuhan,binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini?"
>Murid 1 = " Kapas"
>Murid 2 = " Angin "
>Murid 3 = " Debu "
>Murid 4 = " Daun-daun "


Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.Gara-gara pekerjaan kitaatau urusan dunia, kita tinggalkan solat."

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini? "
>Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "


Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri."

Saudaraku semua! Ingatlah, tugas, kerja, pangkat, gaji, taraf hidup kita sekarang adalah pemberian Allah s.w.t! Dia berikan semua ini untuk memudahkan kita beribadat kerana diberikan rezeki (gaji) yg tinggi. Jangan abaikan/ lalai akan solat 5 waktu yang hanya dikerjakan selama 5-7 minit sahaja. Dikhuatiri akan ditarik balik nikmat tersebut dan merana sepanjang hidup dengan kesusahan. Peliharalah solat selagi Allah swt masih mentadbir kita.Insyallah.

Wednesday, August 03, 2005

Renungan Bersama..

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaimana.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg bijak?

Orang yg bijak ialah org yg tidak membiar atau membuang renungan ini begitu sahaja, malah dia akan menyampaikan pula pada org lain

Kisah Solat Para Sahabat

Solat sahabat-sahabat Nabi saw begitu khusyuk dan nikmat sehinggakan selemah-lemah sahabat pun diriwayatkan sekurang-kurangnya mereka solat 200 rakaat setiap hari.

Kisah 1:

Pada suatu ketika, peha Saidina Ali r.a. telah terkena panah. Apabila cuba dicabut, beliau merasa begitu sakit. Seseorang telah mencadangkan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat. Apabila selesai solat, beliau bertanya sudahkah mereka mencabut panah tersebut. Mereka menjawab ya. Apabila ditanya, apakah beliau tidak merasa sakit? Beliau menjawab, beliau sedikit pun tidak merasa sakit.


Kisah 2:

Pada suatu ketika di medan jihad, Nabi telah bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang bersedia untuk menjaga khemah beliau pada waktu malam. Dua orang sahabat telah bersetuju. Seorang bernama Ammar bin Yasir r.a dan seorang lagi bernama Abbad bin Basyir r.a. Pada malam itu mereka telah berkawal. Abbad telah mencadangkan kepada Ammar supaya mereka berkawal secara bergilir. Beliau akan menjaga pada sebahagian malam dan Ammar akan berkawal pada sebahagian malam lagi. Ammar telah bersetuju.

Maka Abbad telah berkawal. Sementara berkawal beliau telah mendirikan solat. Dalam solatnya itu, beliau telah membaca surah Al Kahfi. Seorang peninjau musuh telah melihat beliau sedang solat lalu melepaskan panah kepadanya. Satu anak panah telah kena pada badannya.

Apabila melihat beliau masih tetap solat, maka musuh telah melepaskan panah yang kedua. Bagaimanapun, Abbad tetap juga solat. Musuh tersebut melepaskan panah yang ketiga, lalu Abbad memberhentikan solatnya. Apabila melihatkan keadaan itu dan terlihat Ammar yang berada di situ, maka pihak musuh menyangkakan masih ramai lagi tentera Islam yang berkawal di situ. Lalu musuh tersebut telah melarikan diri.

Dengan badan yang berlumuran darah, Abbad telah mengejutkan Ammar yang sedang tidur. Melihatkan badan sahabatnya yang berlumuran darah itu, Ammar begitu terkejut. Ammar bertanya mengapa beliau lambat membangunkannya. Dia menjawab, ketika itu beliau merasa sungguh nikmat dan malu dengan Allah untuk menghentikan solatnya. Tetapi apabila panah yang ketiga mengenai dirinya, beliau bimbang akan keselamatan Nabi saw, maka kerana itulah dia memberhentikan solatnya. Kalau tidak sudah pasti dia tidak akan menghentikan solatnya dan rela mati dalam keadaan demikian.

Lihatlah mutu solat para sahabat. Bagaimana pula dengan solat kita hari ini? Seekor nyamuk pun boleh merosakkan solat kita. Firman Allah yang bermaksud: "dan neraka Waillah bagi orang yang lalai dalam solatnya." (Surah Al-Ma'un) Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mengamalkan apa yang kita tahu dan dapat menyampaikannya di antara satu sama lain.

Kelebihan Membaca Al-Quran

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar dan utama yang diturunkan oleh Allah kepada nabi kita Muhammad s.a.w. Ia merupakan petunjuk yang paling baik untuk umat manusia sehingga hari qiamat dalam mencari keredhaan Allah seterusnya mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Di antara kelebihan membaca serta menghayati segala isi al-Quran dapat dilihat melalui beberapa petikan hadis nabi s.a.w sebagai pedoman kepada kita semua.

1. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud :

Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya (HR muttafaqqun 'alaihi)

2. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud :

Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya(pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif laam miim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (HR Tarmizi)

3.Sabda nabi s.a.w yang bermaksud :

Orang yang membaca al-quran dan dia mahir dengannya bersama malaikat yang mulia dan orang yang taat. Sesiapa yang membaca al-Quran sedangkan dia tersekat-sekat padanya dan dia begitu susah atasnya maka baginya 2 pahala (pahala membaca dan pahala kesusahan). (HR Bukhari dan Muslim)

4.Abi Umamah al-Bahili telah berkata bahawa dia mendengar sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

Kamu hendaklah membaca al-Quran maka sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat sebagai syafaat bagi ahli-ahlinya (HR Muslim)

5. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud :

Sesungguhnya sesiapa yang tidak terdapat pada kerongkongnya sesuatu daripada al-Quran(tidak membaca) maka ia seperti rumah yang usang (HR Tarmizi)

6. Dalam satu hadis Qudsi di mana sabda nabi s.a.w yang bermaksud :

Allah telah berfirman yang bermaksud : Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan al-Quran dan zikir mengingatiKu daripada meminta-minta kepadaKu maka Aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon kepadaKu itu. Dan kelebihan Kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas segala makhlukNya (HR Tarmizi)

7. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud :

Tiada suatu kaum yang berhimpun di dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) membaca kitab Allah (al-Quran) dan tadarrus antara mereka melainkan akan diturunkan ketenangan ke atas mereka, disirami ke atas mereka rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebut mereka pada sesiapa disisinya (HR Muslim)

8. Daripada Daripada 'Uqbah bin 'Amir telah berkata :

Telah keluar Rasulullah s.a.w menemui kami di Suffah maka sabdanya : Siapakah di kalangan kamu yang suka keluar ke Buthan dan 'Aqiq (nama 2 tempat di Madinah) di mana dia akan membawa pulang darinya 2 ekor unta yang sihat lagi gemuk tanpa berbuat dosa dan tidak pula memutuskan tali persaudaraan ? Maka kami menjawab : Wahai Rasulullah! Kami semua menyukai perkara itu. Sabdanya : Mengapakah seseorang daripadamu tidak keluar ke masjid untuk belajar atau membaca 2 ayat daripada kitab Allah (al-Quran) maka ia lebih baik daripada 2 ekor unta yang gemuk, tiga ekor, empat ekor di mana lebih baik baginya daripada empat dan daripada semua bilangan unta. (HR Muslim)

Marilah sama-sama kita bertadabbur agar kita diredhaiNYA.